Nama yang diambil daripada al-Quran & al-Sunnah.
Madrasah ini diasaskan dengan cita-cita menyediakan pengajian al-Quran, al-Sunnah dan bahasa Arab kepada setiap lapisan masyarakat, mengikut keperluan dan kemampuan mereka. Daripada sebuah bangunan sementara di tepi sungai, ia kini mempunyai tiga bahagian dan sebuah masjid.
“Allah menganugerahkan al-hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sesiapa yang dianugerahi hikmah, sungguh dia telah dianugerahi kebaikan yang banyak.”
(Maksud Surah al-Baqarah 2:269)
“Membina Generasi al-Quran & al-Sunnah”
Lil Banat: “Wanita Solehah Perhiasan Terbaik Dunia”
Visi & objektif
- Memahami al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
- Menerapkan Sunnah Nabi ﷺ dalam kehidupan seharian.
- Membina pelajar banin dan banat berlandaskan manhaj salaf, rabbaniyyah dan dakwah kepada Allah.
Misi
- Menghafaz al-Quran, hadis, zikir dan mutun dengan sempurna.
- Mendidik akhlak dan penyucian jiwa.
- Memahami ilmu asas agama.
- Menguasai bahasa Arab.
- Membiasakan kehidupan berdisiplin dan beriltizam.
- Mendidik wanita sebagai sebaik-baik perhiasan dunia (banat).
Dari tepi sungai ke tanah wakaf.
- 1 Muharram 1435H / 5 November 2013M
Pembukaan Madrasah
- 1 Ogos 2017M
Perpindahan ke bangunan sementara di tepi sungai
- 21 Zulhijjah 1439H / 1 September 2018M
Pembukaan cawangan Akademik & Transit. Dirasmikan oleh Dr. Kamilin Jamilin.
- 20 Syaaban 1442H / 3 April 2021M
Pembukaan cawangan Banat. Dirasmikan oleh Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman.
- 16 Syaaban 1446H / 15 Februari 2025M
Perpindahan dan perasmian bangunan baharu serta Masjid Anwarul Hikmah. Dirasmikan oleh Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman.
Pimpinan & penasihat.
Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman
Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
Ustaz Syed Mohd Azwan bin Syed Yahya
Ijazah Dirasat Islamiyyah, Universiti Yamaniah, Republik Yaman
Majlis Tertinggi
- Ustaz Syed Mohd Azwan bin Syed YahyaIjazah Dirasat Islamiyyah, Universiti Yamaniah, Republik Yaman
- Ustaz Muhammad Farhan bin AbdullahDiploma Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan
- Muhammad Safuan bin MansorIjazah Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah (UniSHAMS), Kedah
- Wan Mohd Tholha Wan TaizahIjazah Kejuruteraan, Universiti Teknologi PETRONAS, Perak
- Muhammad Najmuddin bin IsmailDiploma Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan
Majlis Syura
- Pengerusi / Mudir
- Syed Mohd Azwan bin Syed Yahya
- Setiausaha
- Muhammad Farhan bin Abdullah
- Bendahari
- Muhammad Safuan bin Mansor
- Pentadbiran & Kebajikan
- Wan Mohd Tholha Wan Taizah
- Derma & Zakat
- Muhammad Najmuddin bin Ismail
- Al-Quran & Hafazan
- Syarifah Fatimatul Adawiyah Syed Mohammad Suhaimi
- Akademik & Kurikulum
- Syarifah Rohaya bt Syed Yahya
- Perhubungan & Protokol
- Zahari Abdul Ghani
- Pembangunan & Kerja Am
- Syed Asmawi Syed Yahya
- Setiausaha Kerja
- Tuan Sharifah Nur Syuaibah Al-Qubra bt Syed Asmawi
- Setiausaha Kewangan
- Ruzalika bt Ghazali
“Wahai Darul Hikmah, rumahku tercinta.”
Lirik lagu tema madrasah dalam bahasa Arab bersama terjemahannya, seperti dalam buku profil madrasah.
Rangkap 1
- يَادَارَ الْحِكْمَةِ يَادَارِيWahai Darul Hikmah, rumahku tercinta
- فِيكِ يُدَرَّسُ عِلْمُ الْبَارِيDi sinilah diajarkan ilmu Ilahi
- فِيكِ الْقُرْآنُ هُنَا يُتْلَىDi sinilah al-Quran sentiasa dibaca
- وَيُدَرَّسُ مَعْنَى الْقُرْآنِDan difahami maknanya penuh cahaya
Rangkap 2
- وَحَدِيْثُ رَسُوْلِ اللهِ هُنَاDi sini diajarkan Hadis Rasulullah ﷺ
- يُحْفَظُ وَيُدَرَّسُ بِتَفَانِيDihafaz dan diajar penuh dedikasi
- فَالْإِسْمُ يُبَيِّنُ مَا فِيكِNamamu menggambarkan hakikat dirimu
- وَالْإِسْمُ لَهُ مَعْنَى سَامِيMaknanya luhur, tinggi dan mulia
Rangkap 3
- وَنَرَاكِ مَنَارًا يَهْدِينَاEngkau pelita yang membimbing kami
- لِلْخَيْرِ وَدَرْبِ الْإِحْسَانِKe arah kebaikan dan jalan ihsan
Korus
- يَادَارَ الْحِكْمَةِ يَادَارِيWahai Darul Hikmah, rumah jiwaku
- يَادَارًا أَغْلَى مِنْ دَارِيLebih berharga dari rumah duniaku
Rangkap 4
- طُلَّابُ الْعِلْمِ بِهَا رَفَعُواPara penuntut ilmu di sini mengangkat
- رَايَةَ دِينِ اللهِ الْعَالِيPanji agama Allah yang tertinggi
- وَإِمَاءُ اللهِ أَرَى فِيهَاDan hamba-hamba wanita Allah di sini
- كَالزَّهْرِ بِأَفْضَلِ بُسْتَانِIbarat bunga di taman terbaik
Rangkap 5
- يَسْعَيْنَ بِإِخْلَاصٍ فِيهَاMelangkah ikhlas menuntut ilmu
- لِلْعِلْمِ وَكَسْبِ الْإِيمَانِMenggapai iman dan keredhaan Tuhan
- وَبِدَارِ الْحِكْمَةِ إِخْوَانٌDi Darul Hikmah terjalin ukhuwah
- هُمْ أَفْضَلُ نُخْبَةِ إِخْوَانِيMereka sebaik-baik pilihan saudara
Rangkap 6
- يُلْقُونَ الْعِلْمِ أَرَى فِيهِمْMereka menyampaikan ilmu dengan amanah
- كُلَّ الْخَيْرِ مَعَ الْإِحْسَانِSegala kebaikan bersama ihsan
- فَجَزَى اللهُ جَمِيعًا خَيْرًاSemoga Allah membalas semuanya dengan kebaikan
- طَالِبَهُمْ وَالشَّيْخَ الْقَارِيPara pelajar dan para guru yang mulia
Berdaftar, di atas tanah wakaf.
Semoga Allah membalas para pewakaf dengan sebaik-baik balasan.
